Wednesday, April 18, 2018

UCAPAN GURU BESAR


KATA ALU-ALUAN GURU BESAR


Pengetahuan mengenai Teknologi Maklumat merupakan satu aspek yang amat penting di era ini. Penggunaan internet telah menjadi satu keperluan dan dianggap gedung segala ilmu.

Justeru, saya juga berasa gembira kerana guru-guru di sekolah ini turut terlibat dalam usaha memberi pendedahan kepada komuniti sekolah ini untuk sama-sama celik internet.

Pembikinan laman web ini adalah diharapkan akan dapat menyalurkan pelbagai maklumat yang berguna, bukan saja kepada murid-murid, guru-guru, komuniti setempat malahan kepada umum. Perkongsian ilmu dan maklumat ini adalah diharapkan mampu memberikan kesan yang baik kepada semua.

Di sini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pembinaan laman web SJKT LADANG SUNGKAI, PERAK ini. Selamat maju jaya.